Mars Home page

PERNYATAAN PRIVASI KAMI

Kemas Kini Terakhir: 1 November 2021

Gambaran Keseluruhan

Mars ialah sebuah perniagaan keluarga yang menjadi kebanggaan selama hampir 100 tahun. Inilah yang memberi kami kebebasan untuk berfikir secara bergenerasi, bukan sekadar mengikut suku tahunan, agar kami dapat melabur dalam jangka masa panjang untuk perniagaan, kakitangan dan pelanggan kami serta planet ini — segalanya berpandukan Prinsip-prinsip kami yang bertahan lama. Kami percaya dunia yang kami inginkan pada hari esok bermula dengan cara kami memulakan perniagaan pada hari ini.

Prinsip-prinsip Privasi Data Kami:

  1. Kami menghargai dan menghormati Data Peribadi yang diamanahkan kepada kami.
  2. Matlamat kami adalah untuk bersikap telus dan bertanggungjawab ke atas cara kami mengurus Data Peribadi dalam jagaan kami, berpandukan Lima Prinsip-prinsip kami dan undang-undang.
  3. Kami mematuhi dan menghormati hak-hak privasi yang diberikan kepada pengguna, pelanggan dan pemohon pekerjaan kami.
  4. Kami komited terhadap penambahbaikan amalan privasi dan keselamatan kami secara berterusan.

Penyataan Privasi ini memberi anda maklumat tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi Data Peribadi di Mars, Incorporated dan kumpulan syarikat,, termasuk anak syarikat dan ahli gabungan (secara kolektif, “Mars” atau “kami”), melalui laman web, aplikasi mudah alih atau laman web lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini (secara kolektif, “Laman”). Pernyataan Privasi ini juga akan terpakai kepada maklumat yang dikumpulkan daripada anda secara bersemuka dan di mana-mana hospital runcit, diagnostik, pengimejan dan / atau veterinar dan institusi-institusi haiwan peliharaan kami (juga, "Laman") dan apabila anda memohon kerja di Mars.

Kami komited untuk bekerjasama dengan anda bagi menjawab sebarang soalan atau kemusykilan anda dengan segera.

Sekiranya anda mempunyai suatu soalan umum, ingin hubungi pasukan privasi global dan/atau Pegawai Perlindungan Data Mars, sila klik di sini. Sekiranya anda mempunyai permintaan mengenai data anda dan ingin menggunakan hak anda di bawah undang-undang terpakai, sila klik di sini . Sekiranya anda seorang penduduk California dan ingin menggunakan hak anda untuk meminta kami agar tidak menjual data peribadi anda, sila klik di sini.  Anda juga boleh membuat permintaan dengan menghubungi 1-844-316-5985, atau dengan menghubungi entiti Mars tertentu yang anda berurusan, termasuk:

  • Banfield Pet Hospital: dengan mengklik di sini atau dengan menghubungi 888-899-7071
  • BluePearl Specialty + Emergency Pet Hospital: dengan mengklik di sini atau dengan menghubungi 855-900-8444
  • VCA Animal Hospitals: dengan mengklik di sini atau dengan menghubungi 1-844-276-5786.

Untuk mencetak Pernyataan Privasi ini, sila klik di sini.

Pernyataan Privasi ini terpakai kepada Data Peribadi yang dikumpulkan atau diproses oleh Mars, Incorporated dan kumpulan syarikatnya. Pernyataan Peribadi terpakai sekiranya kami mengumpulkan Data Peribadi secara bersemuka, melalui laman web kami, aplikasi mudah alih, e-mel, hospital veterinar, media sosial dan laman lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini ("Laman"). Data Peribadi anda termasuk maklumat atau gabungan maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti diri anda ("Data Peribadi").  Ini termasuk pengenal pasti seperti nama, nombor kad pengenalan, data lokasi, pengenal pasti dalam talian atau faktor-faktor mengenai fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya atau identiti sosial.  Sila ambil perhatian bahawa takrifan Data Peribadi mungkin berbeza mengikut negara. Sekiranya kami mengumpulkan maklumat yang dianggap sebagai Data Peribadi di negara anda, kami akan memproses maklumat tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini dan undang-undang tempatan yang terpakai.   

Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan kami untuk Data Peribadi anda. Pernyataan Privasi ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan ketara dengan menyiarkan notis pada laman utama kami selama tempoh yang munasabah dan mengubah tarikh "Kemas Kini Terakhir". Sila semak semula untuk mengetahui kemas kini.

Kami mematuhi undang-undang perlindungan data negara dan negeri dan kami bekerjasama dengan pihak berkuasa perlindungan data.

Sekiranya anda berada dalam suatu bidang kuasa yang mengiktiraf konsep "pengawal data" atau seumpamanya, pengawal data tersebut ialah:

Mars, Incorporated
melalui: Ketua Perlindungan Data dan Ketua Pegawai Privasi

Jalan Dundee
Slough, Berkshire SL1 4LG
 Hubungi:[email protected] atau [email protected]

Kami mungkin mengumpulkan atau memproses pelbagai kategori Data Peribadi.  Kategori-kategori Data Peribadi yang berikut adalah diikuti oleh maklumat tentang sumber, tujuan dan pendedahan data tersebut.

  • Pengenal pasti. Kami memperoleh pengenal pasti secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga seperti broker data atau platform media sosial. Pengenal pasti adalah seperti nama atau maklumat hubungan. Kami menggunakan pengenal pasti untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta; untuk pendaftaran, peraduan dan promosi; untuk berkomunikasi dengan anda bagi memberikan maklumat; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan, serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan kewajipan kami dalam suatu kontrak dengan anda; untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor; untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan; dan/atau untuk tujuan penyelidikan. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Kategori-kategori Data Peribadi yang terkandung dalam rekod pelanggan. Kami memperoleh data tersebut secara langsung daripada anda. Kami menggunakan data tersebut untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan, serta untuk menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan kewajipan kami dalam suatu kontrak dengan anda; dan/atau untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Data Peribadi Sensitif, termasuk ciri pengelasan yang dilindungi, geolokasi dan maklumat geolokasi yang tepat. Kami memperoleh ciri pengelasan yang dilindungi dan maklumat geolokasi yang tepat secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga, seperti broker data atau platform media sosial. Kami juga memperoleh data lokasi geografi secara langsung daripada anda, secara tidak langsung daripada anda (cth., sekiranya anda membenarkan perkhidmatan lokasi), dan/atau daripada pihak ketiga seperti platform media sosial. Kami mungkin menggunakan data tersebut untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta; untuk pendaftaran, peraduan dan promosi; untuk berkomunikasi dengan anda bagi memberikan maklumat; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan, serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan kewajipan kami dalam suatu kontrak dengan anda; untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor; dan/atau untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Maklumat komersial. Kami memperoleh maklumat ini secara langsung daripada anda apabila anda membuat pembelian barangan dan perkhidmatan di mana-mana lokasi kedai kami, termasuk hospital veterinar atau dalam talian. Kami menggunakan maklumat komersial untuk menyediakan dan menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan, serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Internet atau aktiviti rangkaian lain yang serupa. Kami memperoleh maklumat ini secara langsung daripada anda (cth., melalui pemerhatian tindakan anda pada Laman kami) atau daripada pihak ketiga seperti penyedia analisis data. Kami menggunakan maklumat tersebut untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menyampaikan pengiklanan iklan yang relevan. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Maklumat profesional atau maklumat yang berkaitan dengan pengambilan pekerja. Kami memperoleh maklumat profesional atau maklumat yang berkaitan dengan pengambilan pekerja secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga (cth., penyedia pemeriksaan latar belakang). Kami menggunakan maklumat ini untuk memproses permohonan kerja dan semasa kami melaksanakan kewajipan kami dalam suatu kontrak dengan anda. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Pentaabiran yang diambil daripada Data Peribadi lain. Kami menerima pentaabiran ini secara tidak langsung daripada anda (cth. melalui pemerhatian tindakan anda pada Laman kami) atau daripada pihak ketiga seperti penyedia analisis data. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menghantar iklan yang relevan. Maklumat tersebut dikongsikan bagi tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.

Kami mungkin mengumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber, termasuk senarai kenalan, maklumat demografi yang asalnya dikumpulkan daripada syarikat-syarikat kumpulan Mars, dan data peribadi yang diperoleh secara sah daripada pihak-pihak ketiga yang lain, yang mungkin digabungkan dengan maklumat lain yang kami kumpulkan untuk tujuan yang diterangkan di bawah.

Kami mengumpulkan Data Peribadi tertentu seperti berikut:

  • Butiran hubungan peribadi. Ini termasuk maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Contohnya, apabila anda memberikan butiran hubungan semasa pendaftaran dalam talian, semasa menjalankan urusan perniagaan dengan kami, atau semasa menyediakan perkhidmatan kepada kami. Sesetengah Laman membenarkan anda membuat suatu nama pengguna dan kata laluan untuk menyediakan sesebuah akaun.
  • Maklumat tentang transaksi anda dengan kami. Contohnya, sejarah pembelian, maklumat pengebilan dan penghantaran, dan maklumat lain tentang penggunaan produk atau perkhidmatan kami oleh anda.
  • Maklumat pembayaran. Ini termasuk maklumat daripada kad kredit atau debit, akaun pembayaran dalam talian anda atau pilihan pembayaran lain.
  • Maklumat pelanggan dan komersial yang unik. Contohnya, nama pengguna dan maklumat log masuk yang lain.
  • Maklumat untuk menunjukkan minat anda terhadap suatu jawatan. Contohnya, kecenderungan anda, sejarah kerja dan maklumat yang diberikan dalam permohonan kerja.
  • Maklumat demografi. Contohnya, data seperti umur, jantina, hobi atau aktiviti, minat atau kecenderungan.
  • Maklumat sensitif.  Sebagai contoh, apabila anda memohon kerja dengan kami, kami mungkin mengumpulkan maklumat tertentu apabila dibenarkan dan/atau diperlukan oleh undang-undang dan/atau yang anda pilih untuk diberikan secara sukarela.
  • Data untuk perjanjian dengan pelanggan atau vendor. Ini termasuk penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor. Contohnya, kami mengumpulkan status kredit atau maklumat yang tersedia secara umum dalam senarai sekatan atau pemerhatian. 
  • Maklumat yang dikumpulkan daripada Laman kami dan halaman media sosial. Ini termasuk maklumat yang dikumpulkan semasa anda berinteraksi dengan kami. Contohnya, komen, gambar atau maklumat lain yang disiarkan oleh anda melalui blog, papan mesej atau rangkaian sosial.
  • Maklumat peranti. Contohnya, alamat Protokol Internet (IP), pengenal pasti peranti, sistem pengendalian peranti, jenis pelayar, laman web yang dikunjungi sebelum atau selepas anda mengunjungi laman web kami, halaman yang dilihat dan aktiviti pada laman web kami, serta interaksi anda dengan iklan.
  • Perkhidmatan pihak ketiga dan rakan kongsi pengiklanan juga mungkin mengumpulkan maklumat secara automatik.
  • Maklumat lain yang telah kami kumpulkan daripada anda dengan persetujuan anda.
     

Maklumat lain yang kami kumpulkan tentang haiwan peliharaan anda – seperti jenis, baka, tarikh lahir atau sejarah rawatan haiwan peliharaan anda – tidak dianggap sebagai Data Peribadi.

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk pelbagai tujuan yang sah di sisi undang-undang termasuk:

  • Menyediakan ciri, produk dan perkhidmatan yang anda minta. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang kami kumpulkan untuk memenuhi permintaan anda untuk ciri, produk dan perkhidmatan kami dan bagi membolehkan anda menggunakannya. Ini termasuk proses pembayaran  untuk  pembelian, langganan atau jualan, dan untuk melindungi daripada atau mengenal pasti transaksi palsu yang berkemungkinan akan berlaku.
  • Pendaftaran, peraduan dan promosi. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasukkan anda dalam peraduan sekiranya anda memilih untuk masuk, untuk memaklumkan keputusan kepada anda dan untuk mendaftarkan anda bagi ciri, produk dan perkhidmatan tertentu selaras dengan pilihan pemasaran anda.
  • Untuk berkomunikasi dengan anda dan memberikan maklumat kepada anda. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda, menjawab pertanyaan atau komen anda atau memberikan kemas kini dan berita kepada anda. Kami juga akan memaklumkan anda apabila terdapat jawatan kosong yang sepadan sekiranya anda telah menyatakan minat anda untuk bekerja di Mars.
  • Untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami. Jika dikehendaki oleh undang-undang, kami akan meminta pelawat yang memberikan alamat e-mel untuk memaklumkan kami sama ada mereka ingin menerima maklumat lanjut atau kemas kini daripada kami, seperti maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang tersedia oleh kumpulan syarikat kami. Kami juga menawarkan pilihan "pilih keluar" (‘opt-out’) kepada pelawat sekiranya mereka ingin berhenti menerima maklumat daripada kami. Kadang-kala, anda juga mungkin akan diminta untuk membuat pilihan "pilih masuk" (‘opt-in’) sebelum kami menghubungi anda dengan cara tertentu atau sebelum perkhidmatan tertentu menjadi tersedia.
  • Apabila kami melaksanakan kewajipan kami dalam suatu kontrak dengan anda. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda ketika anda bekerja sebagai penyedia perkhidmatan atau memohon kerja dengan kami, seperti yang diperlukan. Sekiranya anda ialah pengguna perkhidmatan kami, kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk memenuhi kewajipan kami dalam perjanjian kami dengan anda.
  • Untuk menilai dan menerima pelanggan atau vendor. Ini termasuk mengesahkan identiti dan status kredit sesetengah pelanggan atau vendor, melaksanakan usaha wajar, dan menyaring terhadap senarai kerajaan yang tersedia secara umum dan/atau senarai sekatan dan sumber data pihak ketiga yang lain, penggunaan dan penyertaan dalam daftar insiden Mars dan sistem amaran sektor dan/atau perkhidmatan pengesahan pihak ketiga. Pengumpulan Data Peribadi ini mungkin melibatkan agensi rujukan kredit atau pihak ketiga yang lain.
  • Untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan. Kami mungkin membeli dan menggunakan senarai e-mel pilih masuk untuk menghubungi bakal pelanggan. Kami meminta mereka yang memberikan senarai untuk mengesahkan bahawa maklumat hubungan hanya diberikan kepada mereka yang ingin menerima tawaran dan maklumat melalui e-mel. Kami juga mungkin menggunakan maklumat demografi dan pilihan untuk menyampaikan pengiklanan kepada pengguna sasaranyang paling relevan. Dengan cara ini, pengguna akan melihat iklan yang berkemungkinan besar akan menarik minat mereka. Kami menghormati permintaan pilih keluar. Untuk maklumat lanjut tentang amalan pengiklanan kami, sila klik di sini untuk melihat dasar kami tentang pengiklanan berasaskan minat dalam talian.
  • Untuk menyediakan tawaran lain kepada anda. Kadang kala kami akan menyediakan tawaran, kupon dan maklumat, termasuk katalog, melalui surat. Sebagai contoh, apabila pelanggan membuat pesanan dalam talian dalam kedai katalog kami atau mendaftar untuk salah satu daripada katalog dalam talian kami, kami mungkin memasukkan mereka  dalam senarai yang akan menerima katalog tersebut. Kami juga mungkin menggunakan senarai daripada pihak ketiga atau sumber awam. Dengan persetujuan anda, kami mungkin bertukar-tukar nama dan alamat dengan syarikat lain yang menghubungi anda melalui surat untuk memberikan tawaran. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.
  • Untuk menambah baik ciri, produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan melalui Laman. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi untuk menambah baik penawaran produk dan perkhidmatan kumpulan Mars, termasuk Laman kami dan ciri-cirinya.
  • Untuk menggabungkan data anda dalam kumpulan Mars. Kami juga mungkin menggabungkan Data Peribadi yang dikumpulkan secara sah oleh syarikat-syarikat lain dalam kumpulan Mars untuk mencipta suatu paparan tunggal pelanggan kami, bagi penyelidikan pasaran dalaman dan/atau mengukur keberkesanan kempen kami dan berdasarkan kepentingan sah kami. Ini membolehkan kami untuk memahami tempat pelanggan berada merentasi jenama dan bahagian perniagaan kami yang berbeza dalam kumpulan Mars dan akan menyokong kami dalam menambah baik produk dan perkhidmatan kami.
  • Untuk aktiviti membuat keputusan secara automatik (‘automated decision-making’) yang tertentu. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang dikumpulkan untuk pengiklanan dalam talian dan / atau untuk membuat suatu profil personaliti untuk anda. Butiran Data Peribadi yang dikumpulkan, bagaimana data tersebut digunakan dan bagaimana anda boleh memilih keluar daripada sebarang keputusan automatik dijelaskan di bawah.

Apakah asas undang-undang yang membolehkan kami memproses Data Peribadi anda?
 

  • Untuk melindungi kepentingan vital anda. Kami mungkin, contohnya, memproses Data Peribadi bagi tujuan kesihatan dan keselamatan sekiranya anda berada di fasiliti/kemudahan Mars atau, bagi pemohon pekerjaan, untuk melanjutkan perjanjian dengan perwakilan pekerja dalam sesetengah bidang kuasa, dan untuk melindungi kepentingan awam.
  • Mengikut arahan dan persetujuan anda.
  • Untuk tujuan penyelidikan saintifik.
  • Untuk tujuan perniagaan lain yang sah di sisi undang-undang. Kami juga mungkin bergantung pada kepentingan sah kami untuk menambah baik amalan perniagaan dan pemasaran. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan perundangan, penyelidikan dan analisis, penggabungan data, kajian klinikal, penilaian diagnosis, rawatan haiwan peliharaan dan tujuan-tujuan lain yang diterangkan di atas. Apabila kami bergantung pada kepentingan sah kami, kami akan melaksanakan penilaian kepentingan sah bagi memastikan kami mempertimbangkan dan mengimbangi sebarang kesan yang berkemungkinan terhadap hak-hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang terpakai sebelum kami menjalankan sebarang pemprosesan data. Kami tidak akan menggunakan Data Peribadi anda untuk aktiviti-aktiviti di mana kepentingan kami diatasi oleh kesan ke atas anda, melainkan kami telah mendapatkan persetujuan anda ataupun dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Kami boleh berkongsi atau mendedahkan Data Peribadi anda untuk tujuan yang selaras dengan Notis Privasi ini dalam keadaan-keadaan di bawah. 

  • Dalam Mars dan kumpulan syarikat Mars. Contohnya untuk menggabungkan Data Peribadi yang dikumpulkan tentang anda.
  • Dengan vendor atau ejen. Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat yang kami lantik untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami. Apabila kami berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakan data tersebut bagi sebarang tujuan lain. Mereka mesti menyimpan Data Peribadi anda secara sulit melainkan atas persetujuan anda.Apabila Data Peribadi anda mungkin dipindahkan berserta aset perniagaan lain. Dalam kes sedemikian, Data Peribadi juga mungkin dikongsi semasa sebarang proses penilaian, tertakluk kepada keperluan kerahsiaan dan ketakdedahan (‘non-disclosure’).
  • Apabila kami telah menerima arahan atau persetujuan anda untuk mendedahkan Data Peribadi anda.
  • Untuk mematuhi undang-undang atau bertindak balas terhadap proses undang-undang atau permintaan yang sah di sisi undang-undang, termasuk daripada agensi penguatkuasa undang-undang dan agensi kerajaan.
  • Untuk menyiasat aduan pengguna atau kemungkinan pelanggaran undang-undang, untuk melindungi integriti laman web, atau untuk memenuhi permintaan anda, atau untuk bekerjasama dalam sebarang penyiasatan undang-undang.
  • Untuk melindungi hak atau harta benda kumpulan syarikat Mars atau pelanggan kami, termasuk menguatkuasakan terma yang mengawal penggunaan perkhidmatan oleh anda.
  • Untuk bertindak dengan kepercayaan yang suci hati (‘good faith belief’) bahawa akses atau pendedahan tersebut adalah diperlukan untuk melindungi kesihatan dan / atau keselamatan sekutu, pelanggan kami, khalayak umum, dan haiwan peliharaan.
  • Untuk menyokong tujuan perniagaan lain yang sah di sisi undang-undang. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pematuhan undang-undang, pelanjutan kajian klinikal, penilaian diagnosis dan rawatan haiwan peliharaan.

Sila ambil perhatian bahawa Laman ini mungkin menyertakan pautan atau merujuk kepada laman web pihak ketiga yang mempunyai amalan privasi yang mungkin berbeza daripada kami. Sekiranya anda menghantar Data Peribadi kepada mana-mana laman web tersebut, maklumat anda dikawal oleh dasar privasi mereka. Kami menggalakkan anda untuk menyemak dasar privasi mana-mana laman web yang anda kunjungi.

Kami mungkin menjual data tanpa nama (‘anonymized data’) kepada pihak ketiga dan kami mungkin berkongsi maklumat tanpa nama atau tanpa pengenalan diri sebagaimana dijelaskan di atas. Kami mungkin menggabungkan maklumat tanpa nama atau tanpa butir pengenalan (‘de-identified information’) dengan maklumat tanpa nama atau tanpa butir pengenalan (‘de-identified information’) dari sumber yang lain. Kami juga mungkin berkongsi maklumat teragregat dan tanpa nama dengan pihak ketiga, termasuk contohnya penasihat, pengiklan dan pelabur untuk tujuan analisis perniagaan umum. Contohnya, kami mungkin memberitahu pengiklan kami bilangan pelawat ke laman web kami dan ciri atau perkhidmatan yang paling popular.

Apabila anda memohon sesuatu jawatan dalam kumpulan syarikat Mars, kami akan memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini, dengan mematuhi undang-undang perlindungan data yang terpakai. Mars menghormati privasi anda dan akan memperlakukan Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan sebagai sulit. Kami akan menggunakan dan berkongsi Data Peribadi anda sebagaimana yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini dan juga seperti yang diterangkan di bawah kerana ini berkaitan dengan anda sebagai pemohon pekerjaan.

 

Data Peribadi yang kami kumpulkan tentang anda sebagai pemohon pekerjaan

Apabila anda memohon sesuatu pekerjaan di Mars, kami akan meminta anda untuk memberikan Data Peribadi untuk menilai permohonan anda. Anda juga boleh memilih untuk memberikan Data Peribadi tambahan (contohnya, maklumat tentang hobi dan kecenderungan sosial). Semua maklumat diberikan secara sukarela dan anda memilih Data Peribadi yang ingin diberikan. Sila ambil perhatian, sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi yang diminta, keupayaan kami untuk mempertimbangkan anda bagi sesuatu jawatan mungkin terhad.

 

Maklumat daripada pihak ketiga

Kami juga mungkin mendapatkan maklumat tentang anda daripada sumber awam atau pihak ketiga. Contohnya, untuk mengesahkan maklumat dalam permohonan anda atau menjalankan saringan latar belakang melalui suatu pihak ketiga, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Anda juga boleh memilih untuk memberikan Data Peribadi anda pada laman pihak ketiga seperti LinkedIn, sekiranya terpakai dalam pasaran anda. Sekiranya anda memilih untuk membenarkan Mars mengakses Data Peribadi ini, anda bersetuju bahawa Mars boleh mengumpulkan, menyimpan dan menggunakan maklumat ini menurut Pernyataan Privasi ini.

 

Bagaimana Mars menggunakan Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan

Mars akan menggunakan Data Peribadi anda untuk memproses permohonan anda termasuk untuk tujuan-tujuan di bawah.

  • Pengambilan pekerja, penilaian dan pemilihan calon pekerjaan
  • Umum, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia
  • Menjalankan kaji selidik kepuasan (contohnya, untuk menguruskan dan menambah baik proses pengambilan pekerja)
  • Mengesahkan rujukan pekerjaan anda, menjalankan semakan latar belakang dan penilaian berkaitan
  • Pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan syarikat (contohnya, untuk memantau kepelbagaian)
  • Berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan permohonan dan minat anda terhadap Mars
  • Peluang kerja pada masa hadapan sekiranya anda membenarkan penggunaan ini
     

Pemprofilan dan membuat keputusan secara automatik (‘automated decision-making’)

Mars juga mungkin memproses Data Peribadi anda untuk analisis data dan statistik. Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau demi kepentingan sah Mars, kami mungkin menjalankan analisis pengambilan pekerja dan pemantauan kepelbagaian secara global, dengan persetujuan anda dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Anda berhak untuk tidak membenarkan keputusan dibuat tentang anda yang berasaskan sepenuhnya atas pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan sekiranya keputusan tersebut memberikan kesan undang-undang tentang anda atau memberikan kesan yang ketara terhadap anda. Mars tidak membuat keputusan automatik tentang calon-calon mereka sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja.

 

Dengan siapakah Mars akan berkongsi Data Peribadi anda sebagai pemohon pekerjaan?

Data Peribadi anda akan dikongsi antara entiti Mars dalam kumpulan Mars dan hanya dengan sekutu-sekutu Mars yang benar-benar memerlukan data tersebut untuk melaksanakan tugas dan kewajipan, dan kepada pihak-pihak ketiga dengan keperluan perniagaan yang sah. Pihak-pihak ketiga yang khusus bagi pemohon pekerjaan termasuklah agensi pengambilan pekerja, perunding, penyedia perkhidmatan pemeriksaan latar belakang dan peguam. Penyedia perkhidmatan tersebut mungkin berubah bergantung pada entiti Mars yang mengambil anda sebagai pekerja dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami sentiasa memastikan bahawa pihak-pihak ketiga yang mengendalikan Data Peribadi anda berbuat demikian selaras dengan Pernyataan Privasi ini serta menurut undang-undang yang terpakai.

Sekiranya anda tidak lagi mahu kami menggunakan maklumat hubungan anda untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan pihak-pihak ketiga Mars, sila hubungi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di atas.

Sekiranya kami menghantar e-mel promosi kepada anda, anda juga boleh berhenti melanggan di bahagian bawah e-mel tersebut untuk memilih keluar daripada e-mel promosi pada masa hadapan. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin akan meminta persetujuan anda sebelum menghantar e-mel promosi kepada anda. Dengan menolak untuk memberikan persetujuan, anda tidak akan menerima e-mel tertentu daripada kami.

Walaupun anda memilih untuk tidak menerima e-mel promosi, anda mungkin masih menerima e-mel yang memudahkan, melengkapkan atau mengesahkan transaksi komersial yang telah dipersetujui oleh anda bersama kami. Ini termasuk komunikasi tentang kesihatan haiwan peliharaan anda, peringatan janji temu, pelengkapan pendaftaran, pembetulan data pengguna, permintaan penetapan semula kata laluan, pengesahan transaksi, notis penghantaran, dan komunikasi lain yang penting bagi transaksi anda dengan kami.

Kami juga mungkin menawarkan pemesejan teks/SMS kepada anda. Dalam keadaan tertentu, kami mungkin memerlukan anda untuk memilih masuk bagi menerima mesej teks daripada kami. Pada bila-bila masa, anda boleh memilih keluar daripada menerima mesej teks tertentu daripada kami (selain peringatan janji temu) dengan menghantar teks  STOP sebagai balasan kepada sebarang mesej teks. 

Melainkan dinyatakan dengan jelas, semua perkhidmatan pemesejan teks ditawarkan kepada anda adalah tanpa caj. Mesej, kadar data dan caj-caj lain mungkin dikenakan. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang caj telefon bimbit yang dikenakan (penggunaan, langganan, dsb.) bagi penggunaan mana-mana produk atau perkhidmatan kami. Sila rujuk kepada pelan harga penyedia perkhidmatan mudah alih anda untuk menentukan caj bagi menghantar dan menerima mesej teks.

Bagaimana pula dengan privasi kanak-kanak?

Kebanyakan laman web kami direka bentuk dan dikhususkan untuk kegunaan dewasa. Jika salah satu laman web kami dikhususkan untuk kegunaan khalayak yang lebih muda, kami akan mendapatkan persetujuan daripada salah seorang ibu bapa atau penjaga menurut undang-undang tempatan.  

Untuk maklumat lanjut, sila baca Kod Pemasaran Mars. Sekiranya anda mendapat tahu bahawa seseorang kanak-kanak telah, melanggar dasar ini, mendaftar untuk surat berita e-mel, ataupun memberikan Data Peribadi mereka, sila laporkan kepada kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bahagian atas dasar ini. Sekiranya kami menyedari bahawa seseorang pengguna bawah umur telah memberikan Data Peribadi tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, kami akan menamatkan akaun tersebut dan memadamkan semua Data Peribadi yang diberikan oleh pengguna tersebut setakat yang boleh dilaksanakan.

Apakah dasar kami berkenaan dengan pengiklanan berasaskan minat dalam talian?

Sila lihat notis Pilihan Iklan dan Kuki kami untuk maklumat terperinci tentang amalan kami mengenai pengiklanan berasaskan minat dalam talian dan penggunaan kuki.

Apa lagi perkara yang perlu anda tahu?

Di manakah maklumat anda disimpan dan diproses?

Data Peribadi yang dikumpulkan atau diterima mungkin disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau negara lain yang kami atau penyedia perkhidmatan kami mempunyai fasiliti-fasiliti.

Pelayan dan pangkalan data yang menyimpan Data Peribadi mungkin terletak di luar negara dari mana anda mengakses Laman dan di suatu negara yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang sama seperti negara yang anda tinggal. Data Peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin dihantar ke luar negara menurut keperluan undang-undang. Kami hanya akan mengumpulkan, memproses dan menggunakan Data Peribadi menurut Pernyataan Privasi ini.

Berapa lamakah kami menyimpan Data Peribadi anda?

Kami hanya mengekalkan dan menyimpan Data Peribadi anda selama mana kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah dan menurut dasar penyimpanan data kami.

Bagaimana pula dengan Data Peribadi yang tersedia secara umum (seperti dalam bilik sembang, papan mesej, atau forum interaktif yang lain)?

Kami mungkin menawarkan bilik sembang, papan mesej atau buletin atau ruang interaktif di mana pengunjung boleh menyiarkan komen atau maklumat. Sekiranya terdapat suatu bilik sembang, papan mesej atau buletin, peluang rangkaian sosial atau ruang interaktif lain, sila pastikan anda menyemak peraturan yang disiarkan. Anda akan terikat dengan peraturan yang disiarkan, termasuk Terma Penggunaan Laman kami. Peraturan penyertaan mungkin menyatakan sekatan umur dan sekatan yang lain, seperti menyiarkan kandungan yang berbentuk cacian, serangan atau hasutan. Apa-apa sahaja yang anda siarkan dalam talian ialah maklumat awam. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa perkara yang anda siarkan secara sukarela dalam talian. Pengguna perlu berhati-hati semasa mendedahkan Data Peribadi dalam talian.

Penyerahan Hak

Kami mungkin berkongsi atau memindahkan Data Peribadi anda semasa proses penyusunan semula secara langsung atau tidak langsung termasuk, tetapi tidak terhad kepada, penggabungan, pemerolehan, pelupusan, kebankrapan dan penjualan semua atau sebahagian aset kami. Data Peribadi anda mungkin dikongsikan berikutan penyempurnaan transaksi tersebut dan/atau semasa pemprosesan penilaian menunggu pemindahan (tertakluk kepada syarat-syarat kerahsiaan). Sekiranya dipindahkan, Data Peribadi anda akan tetap tertakluk kepada Pernyataan Privasi ini atau dasar yang, sekurang-kurangnya, melindungi privasi anda pada tahap yang sama seperti Pernyataan Privasi ini melainkan anda bersetuju sebaliknya.

Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?

Kami mengekalkan (dan menghendaki penyedia perkhidmatan kami untuk mengekalkan) langkah-langkah organisasi dan teknikal yang sesuai untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai langkah-langkah keselamatan yang kami gunakan, anda boleh menghubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di bahagian atas Pernyataan Privasi ini.

Kami mengesyorkan agar anda juga mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi anda. Contohnya, memasang perisian antivirus yang terkini, menutup pelayar selepas menggunakannya, merahsiakan maklumat log masuk dan kata laluan anda, dan mengemas kini perisian dan aplikasi secara berkala untuk memastikan anda memiliki ciri-ciri keselamatan yang terkini.

Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi

Sekiranya anda memilih untuk memberikan Data Peribadi kepada kami, kami mungkin memindahkan Data Peribadi tersebut kepada sekutu dan anak syarikat atau kepada pihak ketiga lain, menurut undang-undang tempatan. Kami juga mungkin memindahkan Data Peribadi merentasi sempadan, dari negara atau bidang kuasa anda ke negara atau bidang kuasa lain menurut keperluan undang-undang. Mars terutamanya menggunakan Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Kesatuan Eropah (‘European Union Commission Standard Contractual Clauses’) bagi pemindahan data dari Kesatuan Eropah, EEA, UK dan Switzerland ke negara-negara di luar EEA (termasuk UK). Untuk pemindahan antara bidang kuasa lain, Mars mungkin bergantung pada mekanisme undang-undang lain bagi pemindahan antarabangsa, sebagai mana yang sesuai di bawah undang-undang yang relevan.

Bergantung pada tempat tinggal anda, hak yang tersedia mungkin berbeza dalam beberapa aspek. Mars akan bertindak balas terhadap sebarang permohonan hak menurut peraturan undang-undang tempatan.

Sekiranya anda ingin membuat permintaan berkaitan dengan mana-mana hak yang dinyatakan di bawah, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan yang diberikan di atas.

Hak untuk mengakses

Anda mungkin berhak untuk mendapatkan pengesahan tentang sama ada Data Peribadi anda sedang diproses atau tidak. Sekiranya ya, anda mungkin berhak untuk mengakses Data Peribadi dan maklumat lain, seperti tujuan, kategori Data Peribadi, penerima (atau kategori penerima) yang telah atau akan didedahkan Data Peribadi anda, untuk penerima tertentu di negara ketiga atau organisasi antarabangsa, jika boleh, jangkaan tempoh Data Peribadi tersebut akan disimpan, atau, sekiranya tidak boleh, kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh, hak anda dan sebagainya.

Jika boleh dilaksanakan dan dibenarkan oleh undang-undang, kami akan memberikan satu salinan Data Peribadi yang sedang diproses. Untuk salinan tambahan, kami mungkin akan mengenakan bayaran yang berpatutan berdasarkan kos pentadbiran. Sekiranya anda membuat permintaan tersebut melalui saluran elektronik, dan melainkan diminta sebaliknya, maklumat tersebut akan diberikan dalam bentuk elektronik.

Hak untuk pembetulan

Anda mungkin berhak untuk membetulkan atau melengkapkan Data Peribadi anda sekiranya data tersebut tidak tepat atau tidak lengkap.

Hak untuk pemadaman ('hak untuk dilupakan' / ‘right to be forgotten’)

Anda mungkin berhak untuk memadamkan Data Peribadi anda dalam keadaan tertentu. Untuk contoh-contoh, lihat di bawah. 

  • Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan data tersebut diproses
  • Anda menarik balik persetujuan yang menjadi dasar pemprosesan, dan kami tidak lagi mempunyai alasan undang-undang yang lain bagi pemprosesan tersebut
  • Anda membantah pemprosesan tersebut dan tidak ada alasan sah yang mengatasi pemprosesan tersebut
  • Data Peribadi anda telah diproses dengan cara yang salah di sisi undang-undang
  • Data Peribadi anda perlu dipadamkan bagi mematuhi kewajipan undang-undang yang kami tertakluk kepadanya

Hak ini tidak akan terpakai setakat pemprosesan diperlukan untuk tujuan-tujuan di bawah. 

  • Untuk menggunakan hak kebebasan bersuara dan maklumat
  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang memerlukan pemprosesan mengikut undang-undang yang kami tertakluk kepadanya
  • Untuk pelaksanaan tugas yang dilakukan demi kepentingan awam
  • Untuk tujuan kepentingan awam dari segi kesihatan awam
  • Untuk tujuan pengarkiban demi kepentingan awam, saintifik atau tujuan penyelidikan sejarah atau tujuan statistik
  • Untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang kami

Hak untuk menyekat pemprosesan

Anda  mungkin berhak untuk menyekat pemprosesan atas sebab-sebab di bawah.

  • Anda mempertikaikan ketepatan Data Peribadi anda, untuk jangka masa yang membolehkan kami mengesahkan ketepatan Data Peribadi tersebut
  • Pemprosesan tersebut menyalahi undang-undang dan anda menentang pemadaman Data Peribadi tersebut dan meminta sekatan ke atas penggunaannya  
  • Kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi tersebut untuk tujuan pemprosesan, tetapi Data Peribadi tersebut diperlukan oleh anda bagi pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang
  • Anda menggunakan hak anda untuk membantah pemprosesan sementara menunggu pengesahan sama ada alasan-alasan sahkami mengatasi alasan anda

Hak untuk kemudahalihan data (‘data portability’)

Anda mungkin berhak untuk menerima Data Peribadi yang anda berikan kepada kami, dalam format yang berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca oleh mesin. Anda berhak untuk menghantar Data Peribadi tersebut kepada pengawal lain, sekiranya pemprosesan tersebut berasaskan persetujuan menurut atau mengikut kontrak dan dilaksanakan secara automatik.

Hak untuk membantah

Anda mungkin berhak untuk membantah, atas alasan-alasan yang berkaitan dengan keadaan anda yang tertentu, terhadap pemprosesan Data Peribadi anda, yang berdasarkan tujuan-tujuan sah kami. Khususnya, anda mungkin berhak untuk membantah Data Peribadi anda daripada digabungkan merentasi seluruh kumpulan Mars atas dasar kepentingan sah kami. Kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda melainkan kami mempunyai alasan sah yang mendorong bagi pemprosesan tersebut yang mengatasi kepentingan, hak dan kebebasan subjek data atau untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang. Sekiranya Data Peribadi diproses untuk tujuan pemasaran langsung, termasuk pemprofilan, anda boleh membantah pada bila-bila masa.

Pembuatan keputusan individu secara automatik (‘Automated individual decision-making’), termasuk pemprofilan

Anda
mungkin berhak untuk tidak tertakluk kepada keputusan yang dibuat yang berasaskan sepenuhnya atas pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan, melainkan di bawah pengecualian tertentu di bawah undang-undang tempatan. 

Hak untuk menarik balik persetujuan

Jika pemprosesan Data Peribadi adalah berdasarkan persetujuan anda, anda mungkin berhak untuk menarik balik persetujuan pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan pematuhan undang-undang bagi pemprosesan berdasarkan persetujuan yang diberikan sebelum penarikan balik.

Hak untuk ketanpanamaan (‘anonymity’)

Anda juga mungkin berhak untuk meminta ketanpanamaan. Ini bermakna Data Peribadi anda tidak akan dikumpulkan atau diproses. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan hak ini, kami mungkin tidak dapat menyediakan barangan atau perkhidmatan yang anda minta.

Hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan

Anda mungkin berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan.

            Hak untuk memilih keluar daripada penjualan Data Peribadi anda

Anda mungkin berhak untuk memilih keluar daripada penjualan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga (atau, kepada pengguna bawah umur 16 tahun, hak untuk tidak membenarkan Data Peribadi mereka dijual tanpa pilih masuk daripada mereka atau ibu bapa mereka). Untuk menggunakan hak ini, anda boleh menghantar suatu permintaan menggunakan borang yang disediakan di atas dan/atau pautan "Jangan Jual Maklumat Peribadi Saya" di atas.

            Hak untuk tidak tertakluk kepada Diskriminasi

Anda berhak untuk tidak tertakluk kepada diskriminasi, untuk menerima perkhidmatan dan harga yang sama rata daripada sesebuah perniagaan, walaupun selepas menggunakan hak anda.

Pendedahan Shine the Light

Undang-undang California membenarkan penduduk California untuk meminta maklumat tertentu mengenai pendedahan Data Peribadi oleh kami kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung pihak ketiga tersebut. Untuk membuat permintaan sedemikian, sila letakkan "Shine the Light” di bahagian ”Minta Butiran” (“Request Details”) dalam permintaan anda pada borang di atas atau dalam baris subjek, sekiranya dihantar melalui e-mel.

Sila ambil perhatian bahawa terdapat sekatan bagi bilangan kali anda boleh menggunakan beberapa hak ini. Anda boleh melantik seorang ejen yang diberi kuasa untuk membuat permintaan bagi pihak anda. Ejen tersebut mestilah menyediakan bukti kebenaran daripada anda. Kami mungkin menolak permintaan daripada ejen yang tidak menyerahkan bukti bahawa mereka telah mendapat kebenaran anda untuk bertindak bagi pihak anda.

Kami mungkin perlu mengesahkan permintaan anda sebelum melengkapkan permintaan tersebut. Contohnya, kami mungkin meminta anda untuk mengesahkan titik data yang kami miliki tentang anda. Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi yang diberikan dalam permintaan untuk mengesahkan identiti pemohon atau kuasa yang diberikan.

Insentif Kewangan

Kami mungkin menawarkan pelbagai insentif kewangan dari semasa ke semasa. Terma-terma insentif kewangan akan diberikan semasa anda mendaftar untuk insentif kewangan. Anda boleh menarik diri daripada mana-mana insentif kewangan. Dalam mempertimbangkan tawaran tersebut, kami mengambil kira perbelanjaan yang berkaitan dengan tawaran dan nilai data anda.

Bagaimana Kami Bertindak Balas kepada Pendedahan Jangan Menjejaki (‘Do-Not-Track Disclosures’)

Kami berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan tetapan pelayar yang meminta agar kami tidak menjejaki data peribadi anda, tertakluk kepada had-had teknikal; kami mungkin tidak dapat bertindak balas kepada semua tetapan atau isyarat pengguna.

Perubahan

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang diterangkan dalam Pernyataan Privasi ini. Sekiranya kami memutuskan untuk menggunakan Data Peribadi anda dengan cara yang berbeza daripada yang dinyatakan ketika data itu dikumpulkan, anda akan diberikan notis. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris Pernyataan Privasi ini dengan versi yang telah diterjemahkan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.