Mars Home page

PERNYATAAN PRIVASI KAMI

Kemas kini Terakhir: 2020 08 31

Gambaran Keseluruhan

Mars merupakan satu perniagaan keluarga yang menjadi kebanggaan selama hampir 100 tahun. Inilah yang memberikan kebebasan dan juga ruang untuk kami memikirkan tentang masa hadapan, dan generasi-generasi yang akan datang, bukan sekadar mengikut suku tahunan, supaya kami dapat melabur secara jangka panjang untuk perniagaan, kakitangan dan pelanggan kami serta alam sekitar. — segalanya berpandukan Prinsip-prinsip kami yang kekal utuh. Kami percaya dunia yang kami inginkan pada hari esok bermula dengan cara kami melakukan perniagaan pada hari ini.

Prinsip Privasi Data Kami:

  1. Kami menghargai dan menghormati Data Peribadi yang diamanahkan kepada kami.
  2. Matlamat kami adalah untuk bersikap telus dan bertanggungjawab ke atas cara kami menguruskan Data Peribadi dalam simpanan kami, berpandukan Lima Prinsip kami dan undang-undang.
  3. Kami mematuhi dan menghormati hak privasi yang diberikan kepada pengguna, pelanggan dan pemohon jawatan kami.
  4. Kami komited terhadap penambahbaikan amalan privasi dan keselamatan kami secara berterusan.

Pernyataan Privasi ini memberikan anda maklumat tentang cara kami mengumpulkan, menggunakan dan berkongsi Data Peribadi di Mars, Incorporated dan kumpulan syarikat, termasuk subsidiari dan syarikat-syarikat sekutu (secara kumpulan disebut sebagai, “Mars” atau “kami”), melalui laman web, aplikasi mudah alih atau laman-laman lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini (secara kumpulan disebut sebagai “Laman”). Pernyataan Privasi ini juga tertakluk kepada maklumat yang dikumpulkan daripada anda secara bersemuka dan di mana-mana kedai dan / atau hospital veterinar kami (juga, di "Laman") dan apabila anda memohon kerja di Mars.

Untuk membuat permintaan berkenaan Data Peribadi anda yang dikongsikan dengan Mars, sila gunakan pautan ini.

Pernyataan Privasi ini berkenaan dengan apa?

Pengumpulan Data Peribadi – Apa, Mengapa dan Bagaimana

Apakah kategori Data Peribadi yang kami kumpul dan proses?

Mengapakah kami mengumpulkan Data Peribadi anda dan bagaimanakah kami menggunakannya?

Bagaimanakah kami berkongsi dan mendedahkan Dataanda?

Memohon kerja di Mars

Cara kami berkomunikasi dengan anda

Kanak-kanak

Bagaimana dengan privasi kanak-kanak?

Pengiklanan dan Kuki

Apa dasar kami berhubung pengiklanan berasaskan minat dalam talian?

Maklumat Tambahan yang Membantu

Apa lagi yang perlu anda tahu?

Hubungi Kami

Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

Undang-undang dan Hak yang Mungkin Berkenaan dengan Anda

Hak Data Individu

Apakah Hak Privasi California anda?

Perubahan

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini.

Pernyataan Privasi ini adalah berkenaan dengan Data Peribadi yang dikumpulkan atau diproses oleh Mars, Incorporated dan kumpulan syarikatnya. Pernyataan Peribadi tersebut digunakan jika kami mengumpulkan Data Peribadi secara bersemuka, melalui laman web, aplikasi mudah alih, e-mel, hospital veterinar, media sosial dan laman-laman lain yang memaparkan Pernyataan Privasi ini ("Laman").  Data Peribadi anda termasuklah maklumat atau gabungan maklumat yang boleh digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk mengenal pasti diri anda (“Data Peribadi”).  Ini termasuklah pengenal pasti seperti nama, nombor kad pengenalan, data lokasi, pengenal pasti dalam talian atau faktor-faktor tentang fizikal, fisiologi, genetik, mental, ekonomi, budaya atau identiti sosial.  Sila ambil maklum bahawa definisi Data Peribadi mungkin berbeza mengikut negara. Jika kami mengumpulkan maklumat yang dianggap Data Peribadi di negara anda, kami akan menganggapnya sedemikian selaras dengan Pernyataan Privasi ini dan undang-undang tempatan yang berkenaan.   

Sila baca Pernyataan Privasi ini dengan teliti untuk memahami dasar dan amalan kami untuk Data Peribadi anda. Pernyataan Privasi ini mungkin akan berubah dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumkan anda tentang sebarang perubahan material dengan menyiarkan notis pada laman utama kami selama tempoh yang bersesuaian dan mengubah tarikh "Kemas Kini Terakhir". Sila semak semula untuk kemas kini.

Kami mengikuti undang-undang perlindungan data negeri dan negara dan kami bekerjasama dengan pihak berkuasa perlindungan data.

Jika anda berada dalam bidang kuasa yang mengiktiraf konsep "pengawal data" atau seumpamanya, pengawal data tersebut ialah:

Mars, Incorporated
Ketua Pegawai Privasi
Dundee Road
Slough, Berkshire SL1 4LG
Hubungi: Di sini

Jika anda mempunyai soalan tentang cara Data Peribadi anda digunakan, anda boleh menghubungi pengawal data di sini atau di sini.  Anda juga boleh merujuk bahagian di bawah yang bertajuk Hak Data Individu.

Kami boleh mengumpulkan atau memproses pelbagai kategori Data Peribadi. Kategori Data Peribadi berikut adalah diikuti oleh maklumat tentang sumber, tujuan dan pendedahannya..

  • Pengenal pasti. Kami memperoleh pengenal pasti secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga seperti broker data atau platform media sosial. Pengenal pasti adalah maklumat seperti nama atau maklumat untuk dihubungi. Kami menggunakannya untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk pendaftaran, pertandingan dan promosi; untuk berkomunikasi dengan anda bagi memberikan maklumat; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan tugas dalam kontrak dengan anda; untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor; untuk menghantar iklan yang relevan dan/atau untuk tujuan penyelidikan. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Kategori Data Peribadi yang terkandung dalam rekod pelanggan. Kami mendapatkannya secara langsung daripada anda. Kami menggunakannya untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan tugas dalam kontrak dengan anda; dan/atau untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Ciri-ciri klasifikasi yang dilindungi. Kami memperoleh ciri-ciri klasifikasi yang dilindungi secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga, seperti broker data atau platform media sosial. Kami menggunakannya untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; apabila kami melaksanakan tugas dalam kontrak dengan anda; dan/atau untuk memproses Data Peribadi yang diperlukan bagi menjalankan penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Maklumat komersial. Kami memperoleh maklumat ini secara langsung daripada anda apabila anda membuat pembelian barangan dan perkhidmatan di mana-mana lokasi kedai kami, termasuk hospital veterinar atau dalam talian. Kami menggunakan maklumat komersial untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menghantar iklan yang relevan. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Internet atau aktiviti rangkaian yang serupa. Kami mendapatkan maklumat ini secara langsung daripada anda (cth. melalui pemerhatian terhadap tindakan anda dalam Laman kami) atau daripada pihak ketiga seperti penyedia analitis data. Kami menggunakannya untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menghantar iklan yang relevan. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Data lokasi geografi. Kami mendapatkan data lokasi geografi secara langsung daripada anda, secara tidak langsung daripada anda (cth. jika anda membenarkan perkhidmatan lokasi) dan/atau daripada pihak ketiga seperti platform media sosial. Kami menggunakannya untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk pendaftaran, pertandingan dan promosi; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; apabila kami melaksanakan tugas dalam kontrak dengan anda; dan/atau untuk menghantar iklan yang relevan. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Maklumat profesional atau berkenaan tempat kerja. Kami memperoleh maklumat profesional atau berkenaan tempat kerja secara langsung daripada anda atau daripada pihak ketiga (cth. penyedia semakan latar belakang). Kami menggunakannya untuk memproses permohonan kerja dan apabila kami melaksanakan tugas kami dalam kontrak dengan anda. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.
  • Inferens yang diambil daripada Data Peribadi lain. Kami mendapatkan inferens ini secara tidak langsung daripada anda (cth. melalui pemerhatian terhadap tindakan anda dalam Laman kami) atau daripada pihak ketiga seperti penyedia analitis data. Kami menggunakan maklumat ini untuk menyediakan dan menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta; untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami; dan/atau untuk menghantar iklan yang relevan. Semua ini dikongsikan atas tujuan perniagaan dalam kumpulan syarikat Mars dan dengan penyedia perkhidmatan.

Kami boleh juga mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber lain, termasuk senarai hubungan dan maklumat demografi. Semua ini boleh digabungkan dengan maklumat lain yang dikumpulkan untuk tujuan yang dinyatakan.

Kami mengumpulkan Data Peribadi berikut secara khusus:

  • Butiran hubungan peribadi. Ini termasuklah maklumat seperti nama, alamat, nombor telefon atau alamat e-mel. Contohnya, apabila anda memberikan butiran hubungan semasa pendaftaran dalam talian, semasa menjalankan urusan perniagaan dengan kami atau semasa memberikan perkhidmatan kepada kami. Sesetengah laman web membenarkan anda mencipta nama pengguna dan kata laluan untuk mendaftar sesebuah akaun.
  • Maklumat tentang transaksi anda dengan kami. Contohnya, sejarah pembelian, maklumat pengebilan dan penghantaran dan maklumat lain tentang penggunaan produk atau perkhidmatan kami.
  • Maklumat Pembayaran. Ini termasuklah maklumat daripada kad kredit atau debit, akaun pembayaran dalam talian atau pilihan pembayaran lain milik anda.
  • Maklumat pelanggan dan komersial yang unik. Contohnya, nama pengguna dan maklumat log masuk.
  • Maklumat untuk menunjukkan minat anda bagi sesuatu jawatan. Contohnya, pilihan anda, sejarah kerja dan maklumat yang diberikan dalam permohonan kerja.
  • Maklumat demografi. Contohnya, data seperti umur, jantina, hobi atau aktiviti, minat atau pilihan.
  • Data untuk perjanjian dengan pelanggan atau vendor. Ini termasuklah penilaian dan penerimaan pelanggan atau vendor. Contohnya, kami mengumpulkan status kredit atau maklumat yang tersedia secara umum dalam senarai semak atau pemerhatian. 
  • Maklumat yang dikumpulkan daripada Laman kami dan halaman media sosial. Ini termasuklah maklumat yang dikumpulkan apabila anda berinteraksi dengan kami. Contohnya, komen, gambar atau maklumat lain yang disiarkan melalui blog, papan mesej atau rangkaian sosial.
  • Maklumat peranti. Contohnya, alamat Protokol Internet (IP), pengenalan peranti, sistem operasi peranti, jenis pelayar, laman web yang dikunjungi sebelum atau selepas anda mengunjungi laman web kami, halaman yang dilihat dan aktiviti di laman web kami, serta.
  • Perkhidmatan pihak ketiga dan rakan pengiklanan juga mungkin mengumpul maklumat.
  • Maklumat lain yang telah dikumpulkan daripada anda dengan kebenaran anda.

Maklumat lain yang dikumpulkan tentang haiwan peliharaan anda - seperti jenis, baka, tarikh lahir atau sejarah rawatan haiwan peliharaan anda - tidak dianggap sebagai Data Peribadi anda.

Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk pelbagai tujuan sah di sisi undang-undang termasuk:

  • Menyediakan ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang diminta. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang dikumpulkan untuk memenuhi permintaan anda untuk ciri-ciri, produk dan perkhidmatan kami dan membolehkan anda menggunakannya. Ini termasuklah proses pembayaran  untuk pembelian, langganan atau jualan, dan untuk melindungi atau mengenal pasti kemungkinan transaksi palsu.
  • Pendaftaran, pertandingan dan promosi. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk memasukkan anda ke pertandingan yang menjadi pilihan anda, untuk memaklumkan keputusan dan untuk mendaftarkan anda bagi ciri-ciri, produk dan perkhidmatan tertentu selaras dengan pilihan pemasaran anda.
  • Untuk berkomunikasi dengan anda dan memberikan maklumat. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda untuk berkomunikasi dengan anda, memberi respons kepada soalan dan komen anda atau memberikan kemas kini dan berita kepada anda. Kami juga akan memaklumkan anda apabila terdapat jawatan kosong yang sepadan, jika anda telah menyatakan minat anda untuk bekerja di Mars.
  • Untuk menyediakan kandungan dan maklumat yang diperibadikan serta menghantar risalah, kupon, sampel, tawaran dan maklumat lain kepada anda tentang produk atau kumpulan syarikat kami. Sebagaimana yang dikehendaki undang-undang, kami akan meminta pelawat yang memberikan alamat e-mel untuk memaklumkan sama ada mereka ingin menerima maklumat lanjut atau kemas kini daripada kami, seperti maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang tersedia daripada kumpulan syarikat kami. Kami juga menawarkan pilihan "opt-out" kepada pelawat jika mereka ingin berhenti menerima maklumat daripada kami. Anda juga mungkin akan diminta untuk membuat pilihan "opt-in" sebelum kami menghubungi anda dengan cara tertentu atau sebelum anda disediakan perkhidmatan tertentu.
  • Apabila kami melaksanakan tugas kami dalam sesuatu kontrak dengan anda. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi anda apabila anda bekerja sebagai penyedia perkhidmatan atau memohon kerja dengan kami, setakat yang perlu. Jika anda merupakan pengguna perkhidmatan kami, kami akan menggunakan Data Peribadi anda untuk memenuhi tugas dalam perjanjian kami dengan anda.
  • Untuk menilai dan menerima pelanggan atau vendor. Ini termasuklah mengesahkan identiti dan status kredit sesetengah pelanggan atau vendor, melaksanakan usaha wajar dan memeriksa senarai semak dan/atau senarai kerajaan yang tersedia untuk orang awam dan lain-lain sumber data pihak ketiga, penggunaan dan penyertaan dalam daftar insiden Mars dan sistem amaran sektor dan/atau perkhidmatan pengesahan pihak ketiga. Pengumpulan Data Peribadi ini mungkin melibatkan agensi rujukan kredit atau pihak ketiga yang lain.
  • Untuk menyampaikan pengiklanan yang relevan.. Kami mungkin membeli dan menggunakan senarai e-mel "opt-in" untuk menghubungi bakal pelanggan. Kami meminta mereka yang memberikan senarai untuk mengesahkan bahawa  maklumat hubungan hanya diberikan kepada mereka yang ingin menerima tawaran dan maklumat melalui e-mel. Kami juga mungkin menggunakan maklumat demografi dan pilihan untuk mengiklankan kepada pengguna sasaran yang paling relevan. Dengan cara ini, pengguna akan melihat iklan yang akan menarik minat mereka. Kami menghormati permintaan memilih untuk "opt-out". Untuk maklumat lanjut tentang amalan pengiklanan kami, sila klik di sini untuk melihat dasar kami tentang pengiklanan berasaskan minat dalam talian.
  • Untuk menyediakan tawaran lain kepada anda. Kadangkala kami akan memberi tawaran, kupon dan maklumat, termasuk katalog yang tersedia melalui surat. Sebagai contoh, apabila pelanggan membuat pesanan dalam talian dalam gedung katalog kami atau mendaftar untuk salah satu daripada katalog dalam talian kami, kami mungkin menambah mereka ke dalam senarai yang akan menerima katalog tersebut. Kami juga mungkin akan menggunakan senarai daripada pihak ketiga atau sumber awam. Dengan kebenaran anda, kami mungkin akan bertukar-tukar nama dan alamat dengan syarikat-syarikat lain yang menghubungi anda melalui surat untuk memberikan tawaran. Anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa.
  • Untuk menambah baik ciri-ciri, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui Laman. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi untuk menambah baik penawaran produk dan perkhidmatan kumpulan Mars, termasuk Laman kami dan ciri-cirinya.
  • Untuk aktiviti membuat keputusan secara automatik yang tertentu. Kami mungkin menggunakan Data Peribadi yang dikumpulkan untuk pengiklanan dalam talian dan / atau membuat profil personaliti untuk anda. Butiran Data Peribadi yang dikumpulkan, cara ia digunakan dan bagaimana anda boleh "opt-out" daripada sebarang keputusan automatik ada dijelaskan di bawah.

Apakah dasar undang-undang yang boleh kami gunakan untuk memproses Data Peribadi anda?

  • Untuk melindungi kepentingan vital anda. Kami mungkin, contohnya, memproses Data Peribadi untuk tujuan kesihatan dan keselamatan jika anda berada di fasiliti Mars atau, sebagai pemohon jawatan, untuk melanjutkan persetujuan dengan wakil kakitangan di sesetengah bidang kuasa, dan untuk melindungi kepentingan awam.
  • Mengikut arahan anda dan dengan kebenaran anda.
  • Untuk tujuan penyelidikan saintifik.
  • Untuk tujuan perniagaan lain yang sah di sisi undang-undang. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kepatuhan undang-undang dan tujuan yang dinyatakan di atas.

Kami mungkin berkongsi atau mendedahkan Data Peribadi anda seperti contoh berikut.

  • Dalam Mars dan kumpulan syarikat Mars.
  • Dengan vendor atau ejen. Kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada kami. Apabila kami berkongsi Data Peribadi anda dengan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan kepada kami, mereka tidak dibenarkan untuk menggunakannya bagi tujuan lain. Mereka mesti menyimpan Data Peribadi anda secara sulit melainkan diberikan kebenaran oleh anda.
  • Ke mana Data Peribadi anda mungkin dipindahkan berserta aset perniagaan lain.
  • Di mana kami telah menerima arahan atau kebenaran anda bagi mendedahkan Data Peribadi tersebut.
  • Untuk mematuhi undang-undang atau bertindak balas terhadap proses undang atau permintaan yang sah di sisi undang-undang, termasuk daripada penguat kuasa undang-undang dan agensi kerajaan.
  • Untuk menyiasat aduan pengguna atau kemungkinan kegiatan haram, untuk melindungi integriti laman web, untuk memenuhi permintaan anda atau untuk bekerjasama dalam sebarang penyiasatan undang-undang.
  • Untuk melindungi hak atau harta kumpulan syarikat Mars atau pelanggan kami, termasuk menguatkuasakan terma yang mentadbir penggunaan perkhidmatan kami.
  • Untuk bertindak dengan niat dan kepercayaan yang tulus bahawa akses atau pendedahan perlu untuk melindungi kesihatan dan / atau keselamatan sekutu atau pelanggan kami, khalayak awam dan haiwan peliharaan.
  • Untuk menyokong perniagaan lain yang sah di sisi undang-undang.. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada kepatuhan undang-undang, kajian klinikal lanjutan, penilaian diagnosis dan rawatan haiwan peliharaan.

Sila ambil maklum bahawa Laman ini mungkin termasuk pautan atau merujuk kepada laman web pihak ketiga yang mempunyai amalan privasi yang berbeza daripada kami.. Jika anda menghantar Data Peribadi kepada mana-mana laman web tersebut, maklumat anda ditadbir oleh dasar privasi mereka. Kami menggalakkan supaya anda menyemak dasar privasi sebarang laman web yang anda kunjungi.

Kami mungkin menjual data tanpa nama kepada pihak ketiga dan kami mungkin berkongsi maklumat tanpa nama atau tanpa pengenalan sebagai mana yang dijelaskan di atas. Kami mungkin menggabungkan maklumat tanpa nama atau tanpa pengenalan dengan maklumat tanpa nama atau tanpa pengenalan daripada sumber lain. Kami juga mungkin berkongsi maklumat teragregat dan tanpa nama dengan pihak ketiga, termasuk contohnya penasihat, pengiklan dan pelabur untuk analisis perniagaan umum. Contohnya, kami mungkin memberitahu pengiklan kami jumlah pelawat ke laman web kami dan ciri atau perkhidmatan paling popular.

Apabila anda memohon sesuatu jawatan di Mars, kami akan memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan di sini, selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan. Mars menghormati privasi anda dan akan menguruskan Data Peribadi anda sebagai pemohon jawatan sebagai sulit. Kami akan menggunakan dan berkongsi Data Peribadi anda sebagai mana yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini dan juga seperti yang dinyatakan di bawah kerana ia berkaitan dengan anda sebagai pemohon jawatan.

Data Peribadi yang dikumpulkan tentang anda sebagai pemohon jawatan

Apabila anda memohon sesuatu jawatan di Mars, kami akan meminta anda untuk memberikan Data Peribadi untuk menilai permohonan anda. Anda juga boleh memilih untuk memberikan Data Peribadi tambahan (contohnya, maklumat tentang hobi dan keutamaan sosial). Semua maklumat diberikan secara sukarela dan anda memilih sendiri Data Peribadi yang ingin diberikan. Sila maklum, jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi yang diminta, keupayaan kami untuk mempertimbangkan anda bagi sesuatu jawatan mungkin terhad.

Maklumat daripada pihak ketiga lain

Kami juga mungkin mendapatkan maklumat tentang anda daripada sumber awam atau pihak ketiga. Contohnya, untuk mengesahkan maklumat dalam permohonan anda atau menjalankan saringan latar belakang melalui pihak ketiga, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Anda juga boleh memilih untuk memberikan Data Peribadi anda pada laman web pihak ketiga seperti LinkedIn, jika sesuai dalam pasaran anda. Jika anda memilih untuk membenarkan Mars mengakses Data Peribadi ini, anda bersetuju bahawa Mars boleh mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat tersebut selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

Cara Mars menggunakan Data Peribadi anda sebagai pemohon jawatan

Mars akan menggunakan Data Peribadi anda untuk memproses permohonan anda termasuk untuk tujuan-tujuan di bawah. 

  • Pengambilan bekerja, penilaian dan pemilihan calon jawatan
  • Umum, pentadbiran dan pengurusan sumber manusia
  • Menjalankan kaji selidik kepuasan (contohnya, untuk menguruskan dan menambah baik proses pengambilan pekerja)
  • Mengesahkan rujukan pekerjaan anda, menjalankan semakan latar belakang dan penilaian berkaitan
  • Kepatuhan terhadap keperluan undang-undang dan syarikat (contoh, untuk mengawasi kepelbagaian)
  • Berkomunikasi dengan anda berkenaan permohonan dan minat anda dengan Mars
  • Peluang kerja di masa depan jika anda membenarkan perkara ini

Pemprofilan dan keputusan yang diambil secara automatik

Mars juga mungkin memproses Data Peribadi anda untuk analisis data dan statistik. Untuk mematuhi keperluan undang-undang atau untuk kepentingan Mars, kami mungkin menjalankan analisis pengambilan bekerja di peringkat global dan pengawasan kepelbagaian, dengan kebenaran anda dan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan. Anda mempunyai hak untuk tidak membenarkan keputusan dibuat tentang anda hanya berdasarkan pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan jika keputusan tersebut memberi kesan undang-undang tentang anda atau memberi kesan secara signifikan terhadap anda. Mars tidak membuat keputusan automatik tentang calon-calon mereka sebagai sebahagian daripada proses pengambilan pekerja.

Siapakah yang berkongsi Data Peribadi anda sebagai pemohon jawatan dengan Mars?

Data Peribadi anda hanya akan dikongsikan dengan rakan sekutu Mars yang benar-benar memerlukannya untuk melakukan tugasan mereka dan kepada pihak ketiga yang mempunyai keperluan perniagaan yang sah. Pihak ketiga bagi pemohon jawatan secara khususnya termasuk agensi pengambilan pekerja, perunding, penyedia perkhidmatan semakan latar belakang dan peguam. Penyedia perkhidmatan ini mungkin berubah bergantung kepada entiti Mars yang mengambil anda bekerja dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa pihak ketiga yang menguruskan  Data Peribadi anda berbuat demikian dengan cara yang konsisten dengan Pernyataan Privasi ini serta selaras dengan undang-undang yang berkenaan.

Jika anda tidak lagi mahu kami terus menggunakan maklumat hubungan anda untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan Mars atau pihak ketiga, sila hantarkan e-mel yang menyatakan permintaan anda kepada [email protected].

Jika kami menghantar kepada anda satu e-mel promosi, anda juga boleh berhenti melanggan pada bahagian bawah e-mel bagi memilih untuk "opt-out" daripada e-mel promosi di masa depan. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin meminta kebenaran anda sebelum menghantar e-mel promosi. Dengan menolak untuk memberikan kebenaran, anda tidak akan menerima e-mel tertentu daripada kami.

Walaupun anda memilih untuk tidak menerima e-mel promosi, anda mungkin masih menerima e-mel yang membantu, melengkapkan atau mengesahkan transaksi komersial yang telah dipersetujui bersama sebelum ini. Ini termasuklah komunikasi tentang kesihatan haiwan peliharaan anda, peringatan janji temu, pendaftaran yang lengkap, pembetulan data pengguna, permintaan tetapan semula kata laluan, pengesahan transaksi, notis penghantaran dan komunikasi penting lain berkenaan transaksi anda dengan kami.

Kami juga mungkin menawarkan mesej teks/SMS kepada anda. Dalam sesetengah keadaan, kami mungkin memerlukan anda untuk memilih "opt-in" bagi menerima mesej teks daripada kami. Pada bila-bila masa, anda boleh memilih "opt-out" daripada menerima mesej teks tertentu daripada kami (selain peringatan janji temu) dengan menghantar teks STOP sebagai balasan kepada sebarang mesej teks.

Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua perkhidmatan mesej teks ditawarkan tanpa caj kepada anda. Mesej, kadar data dan lain-lain caj mungkin dikenakan. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang caj telefon bimbit yang dikenakan (penggunaan, langganan dsb.) kerana menggunakan mana-mana produk atau perkhidmatan kami. Sila rujuk pelan harga perkhidmatan telefon bimbit anda untuk menentukan caj untuk menghantar dan menerima mesej teks.

Bagaimana dengan privasi kanak-kanak?

Kebanyakan laman web kami direka dan bermaksud untuk kegunaan dewasa. Jika salah satu laman web kami bermaksud untuk kegunaan audiens yang lebih muda, kami  akan mendapatkan kebenaran daripada salah seorang ibu bapa atau penjaga selaras dengan undang-undang tempatan.  

Untuk maklumat lanjut, sila  baca Nota Khas untuk Ibu Bapa dan Kod Pemasaran Mars. Jika anda mendapati seorang kanak-kanak telah mendaftar untuk buletin e-mel atau sebaliknya telah memberikan Data Peribadi mereka, yang mana bertentangan dengan dasar ini, sila laporkankepada kami di sini. Jika kami mendapati seorang pengguna di bawah umur telah memberikan Data Peribadi tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga, kami akan menamatkan akaun tersebut dan memadamkan semua Data Peribadi yang diberikan oleh pengguna tersebut setakat yang boleh.

Apa dasar kami berhubung pengiklanan berasaskan minat dalam talian?

Sila lihat notis Pilihan Iklan dan Kuki kami untuk maklumat terperinci tentang amalan kami berkenaan pengiklanan berasaskan minat dalam talian dan penggunaan kuki.

Apa lagi yang perlu anda tahu?

Di mana maklumat anda disimpan dan diproses?

Data Peribadi yang dikumpulkan atau diterima mungkin disimpan dan diproses di Amerika Syarikat atau negara-negara lain di mana kami atau penyedia perkhidmatan kami mempunyai fasiliti.

Pelayan dan pangkalan data yang menyimpan Data Peribadi mungkin terletak di negara luar selain daripada tempat anda mengakses laman web ini dan di negara yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang sama seperti negara tempat tinggal anda. Data Peribadi yang anda berikan kepada kami mungkin dihantar ke luar negara selaras dengan keperluan undang-undang. Kami hanya akan mengumpul, memproses dan menggunakan Data Peribadi selaras dengan Pernyataan Privasi ini.

Berapa lamakah kami menyimpan Data Peribadi anda?

Kami hanya mengekalkan dan menyimpan Data Peribadi anda selama kami mempunyai tujuan perniagaan yang sah dan selaras dengan dasar pengekalan data kami.

Bagaimana pula tentang Data Peribadi yang tersedia secara awam (seperti dalam laman bual, papan mesej dan forum interaktif lain)?

Kami mungkin menawarkan laman bual, papan mesej atau buletin atau ruang interaktif di mana pengunjung boleh menyiarkan komen atau maklumat untuk hiburan para pengunjung. Jika terdapat laman bual, papan mesej atau buletin, peluang perangkaian sosial atau ruang interaktif lain, pastikan anda menyemak peraturan yang disiarkan. Anda akan terikat dengan peraturan yang disiarkan, termasuk Terma Penggunaan Laman kami. Peraturan penyertaan mungkin menyatakan umur dan sekatan lain, seperti menyiarkan kandungan yang berbentuk cacian, serangan atau hasutan. Apa saja yang anda siarkan dalam talian adalah maklumat awam. Kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa yang anda siarkan secara sukarela dalam talian. Pengguna perlu berhati-hati semasa mendedahkan Data Peribadi dalam talian.

Penyerahan Hak

Jika semua atau sebahagian daripada aset kami dijual atau diambil alih oleh pihak lain, atau jika berlaku penggabungan syarikat, anda memberikan kami hak untuk menyerahkan Data Peribadi yang telah dikumpulkan daripada anda.

Bagaimana kami melindungi Data Peribadi anda?

Kami mengekalkan (dan memerlukan penyedia perkhidmatan kami untuk mengekalkan) langkah-langkah organisasi dan teknikal yang sesuai untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda. Jika anda mempunyai sebarang soalan tentang langkah-langkah keselamatan yang digunakan, anda boleh menghubungi kami di sini.

Kami mengesyorkan agar anda juga mengambil langkah-langkah untuk melindungi Data Peribadi anda. Contohnya, pasang perisian anti virus yang terkini, tutup pelayar selepas digunakan, sulitkan log masuk dan kata laluan anda dan kemas kini perisian dan aplikasi secara kerap untuk memastikan anda memiliki ciri-ciri keselamatan terkini.

Pemindahan Antarabangsa Data Peribadi

Jika anda memilih untuk memberikan Data Peribadi kepada kami, kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi tersebut kepada rakan sekutu dan subsidiari atau kepada pihak ketiga, selaras dengan undang-undang tempatan. Kami juga mungkin memindahkan Data Peribadi merentasi sempadan, daripada negara atau bidang kuasa anda ke negara-negara atau bidang kuasa lain selaras dengan keperluan undang-undang. Secara umumnya, Mars menggunakan Klausa Kontrak Standard Suruhanjaya Kesatuan Eropah untuk pemindahan data daripada Suruhanjaya Eropah, EEA, UK dan Switzerland ke negara-negara di luar EEA (termasuk UK). Untuk pemindahan antara bidang kuasa lain, Mars mungkin bergantung kepada mekanisme undang-undang lain bagi pemindahan antarabangsa, sebagai mana yang sesuai di bawah undang-undang yang relevan.

Bagaimana anda boleh menghubungi kami?

Anda boleh menghubungi pasukan privasi global dan Pegawai Perlindungan Data Mars dengan menekan klik di sini.

Kami komited untuk bekerjasama dengan anda bagi menyelesaikan sebarang aduan anda. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila hubungi kami dengan menekan klik di sini. Aduan anda akan segera diuruskan.

Hak Data Individu

Bergantung kepada tempat tinggal anda, hak yang tersedia mungkin sedikit berbeza. Mars akan memberi respons terhadap sebarang permohonan hak selaras dengan peraturan undang-undang tempatan.

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan berkenaan mana-mana hak ini, sila klik di sini.

Hak akses

Anda boleh mempunyai hak untuk mendapatkan pengesahan tentang sama ada Data Peribadi anda sedang diproses mahupun tidak. Jika ya, anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi dan maklumat lain, seperti tujuan, kategori Data Peribadi, penerima (atau kategori penerima) yang kepadanya telah atau akan didedahkan Data Peribadi anda, untuk penerima tertentu di negara ketiga atau organisasi antarabangsa, jika boleh diketahui, tempoh jangkaan Data Peribadi tersebut akan disimpan, atau jika tidak dapat diketahui, kriteria yang digunakan untuk menentukan tempoh, hak anda dsb.

Jika boleh dilakukan dan dibenarkan oleh undang-undang, kami akan memberikan satu salinan Data Peribadi yang sedang diproses. Untuk salinan tambahan, kami mungkin akan mengenakan yuran yang berpatutan berdasarkan kos pentadbiran. Jika anda membuat permohonan melalui saluran elektronik, dan melainkan sebaliknya diminta, maklumat akan diberikan dalam bentuk elektronik.

Hak untuk pembetulan

Anda mungkin mempunyai hak untuk membetulkan atau melengkapkan Data Peribadi jika ia tidak tepat atau tidak lengkap.

Hak untuk penghapusan ('hak untuk dilupakan')

Anda boleh mempunyai hak untuk menghapuskan Data Peribadi anda dalam sesetengah keadaan. Contohnya, lihat di bawah. 

  • Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk tujuan ketika ia diproses
  • Anda menarik balik kebenaran yang menjadi dasar pemprosesan dan kami tidak lagi mempunyai alasan undang-undang yang lain bagi proses tersebut
  • Anda membantah pemprosesan dan tidak ada alasan sah yang lebih utama untuk pemprosesan
  • Data Peribadi anda telah diproses dengan cara yang salah di sisi undang-undang
  • Data Peribadi anda perlu dihapuskan bagi mematuhi kewajipan undang-undang di mana kami tertakluk kepadanya

Hak ini tidak akan dikenakan setakat pemprosesan yang diperlukan untuk tujuan-tujuan di bawah. 

  • Untuk melaksanakan hak kebebasan bersuara dan hak kebebasan maklumat
  • Untuk pematuhan ke atas kewajipan undang-undang yang memerlukan pemprosesan mengikut undang-undang di mana kami tertakluk padanya
  • Untuk pelaksanaan tugas yang dilakukan atas kepentingan awam
  • Untuk tujuan kepentingan awam dari segi kesihatan awam
  • Untuk tujuan pengarkiban bagi kepentingan awam, saintifik atau penyelidikan sejarah atau tujuan statistik
  • Untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang kami

Hak kepada penyekatan pemprosesan

Anda mungkin mempunyai hak untuk menyekat pemprosesan bagi alasan-alasan di bawah.

  • Anda mempertikaikan ketepatan Data Peribadi anda, untuk jangka masa yang membolehkan kami mengesahkan ketepatan Data Peribadi tersebut
  • Pemprosesan tersebut tidak mengikut undang-undang dan anda menentang penghapusan Data Peribadi tersebut dan meminta sekatan penggunaannya  
  • Kami tidak lagi memerlukan Data Peribadi tersebut untuk tujuan pemprosesan, tetapi ia diperlukan oleh anda bagi pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang
  • Anda melaksanakan hak anda untuk membantah pemprosesan sementara menunggu pengesahan sama anda alasan undang-undang kami mengatasi alasan anda

Hak ke atas data yang mudah alih

Anda boleh mempunyai hak untuk menerima Data Peribadi yang diberikan kepada kami, dalam format yang berstruktur, sering digunakan dan boleh dibaca oleh komputer. Anda mempunyai hak untuk menghantar Data Peribadi tersebut kepada pengawal lain, jika pemprosesan tersebut berdasarkan kebenaran menurut atau mengikut kontrak dan dilaksanakan dalam bentuk automatik.

Hak untuk membantah

Anda boleh mempunyai hak untuk membantah pemprosesan Data Peribadi anda, atas alasan berkaitan dengan situasi tertentu anda, yang berdasarkan tujuan sah kami. Kami akan berhenti memproses Data Peribadi anda melainkan kami mempunyai alasan sah yang mendorong pemprosesan tersebut yang  mengatasi kepentingan, hak dan kebebasan subjek data atau untuk pembentukan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang. Jika Data Peribadi diproses untuk tujuan pemasaran langsung, termasuk pemprofilan, anda boleh membantah pada bila-bila masa.

Pembuat keputusan individu secara automatik, termasuk pemprofilan

Anda boleh mempunyai hak untuk tidak tertakluk kepada keputusan yang dibuat semata-mata berdasarkan pemprosesan automatik, termasuk pemprofilan, melainkan di bawah pengecualian tertentu di bawah undang-undang tempatan. 

Hak untuk menarik balik kebenaran

Jika pemprosesan Data Peribadi adalah berdasarkan kebenaran anda, anda boleh mempunyai hak untuk menarik balik kebenaran tersebut pada bila-bila masa, tanpa memberi kesan terhadap pematuhan undang-undang bagi pemprosesan berdasarkan kebenaran yang diberikan sebelum ditarik balik.

Hak untuk tanpa nama

Anda juga boleh mempunyai hak untuk meminta ketanpanamaan. Ini bermakna Data Peribadi anda tidak akan dikumpulkan atau diproses. Jika anda memilih untuk menggunakan hak ini, kami mungkin tidak dapat memberikan anda barangan atau perkhidmatan yang diminta.

Hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan

Anda boleh mempunyai hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa penyeliaan.

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan berkenaan mana-mana hak di atas, sila klik di sini.

Apakah Hak Privasi California anda?

Undang-undang California membenarkan penduduk California untuk meminta maklumat tertentu berkenaan pendedahan Data Peribadi kami kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung. Untuk membuat permintaan tersebut, sila hubungi kami dan letakkan "Shine the Light" pada bahagian subjek.

 Dari 1 Januari 2020, undang-undang California memberikan hak tambahan kepada pengguna di California .

  1. Hak untuk mengetahui tentang pengumpulan, penggunaan dan perkongsianData Peribadi yang telah dikumpulkan sepanjang 12 bulan sebelumnya
  2. Hak untuk memilih “opt out” bagi penjualan Data Peribadi kepada pihak ketiga (atau, kepada pengguna di bawah umur 16 tahun ke bawah, hak untuk DataPeribadi dijual tanpa pilihan "opt-in" daripada mereka atau ibu bapa mereka). Mars tidak menjual Data Peribadi buat masa ini
  3. Hakuntuk menghapuskan Data Peribadi mereka, dengan pengecualian tertentu sebagai mana yang ditetapkan oleh undang-undang
  4. Hak tanpa diskriminasi  untuk menerima perkhidmatan dan harga sama rata daripada sesebuah perniagaan, walaupun selepas melaksanakan hak mereka

Pengguna California boleh membuat permintaan berkaitan dengan hak-hak di atas degan menekan klik di sini. Anda juga boleh membuat permintaan dengan menghubungi 1-844-316-5985, atau dengan menghubungi entiti Mars lain yang dikenali.

  • Banfield Pet Hospital: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 888-899-7071
  • BluePearl Specialty + Emergency Pet Hospital: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 855-900-8444
  • VCA Animal Hospitals: dengan menekan klik di sini atau dengan menghubungi 1-844-276-5786

    Sila ambil maklum bahawa terdapat sekatan terhadap jumlah untuk anda menggunakan hak-hak ini. Anda boleh mengarahkan seorang ejen yang sah untuk membuat permohonan bagi pihak anda. Ejen tersebut mesti memberikan bukti kebenaran anda dan bahawa beliau didaftarkan dengan Ketua Setiausaha Negeri California. Anda boleh menolak permohonan daripada ejen yang tidak memberikan bukti bahawa mereka telah mendapat kebenaran anda untuk bertindak bagi pihak anda.

Kami mungkin perlu mengesahkan permohonan anda. Contohnya, kami mungkin meminta anda untuk mengesahkan data yang kami miliki tentang anda. Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi yang diberikan dalam permohonan untuk mengesahkan identiti pemohon atau kebenaran yang diberikan.

Bagaimana Kami Memberi Respons kepada Pendedahan "Jangan Jejak"

Oleh kerana tidak ada tetapan "Jangan Jejak" yang diiktiraf di seluruh dunia, kami tidak menyokong tetapan pelayar "Jangan Jejak" dan buat masa ini tidak menyertai rangka kerja yang boleh membenarkan kami untuk memberi respons kepada isyarat atau mekanisme lain daripada anda.

Perubahan

Perubahan kepada Pernyataan Privasi ini

Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dalam bentuk yang dinyatakan dalam Pernyataan Privasi ini. Jika kami mengambil keputusan untuk menggunakan Data Peribadi anda dalam bentuk yang berlainan dengan yang dinyatakan ketika ia dikumpulkan, anda akan diberikan satu notis. Jika terdapat konflik antara versi Bahasa Inggeris Pernyataan Privasi ini dengan versi yang telah diterjemahkan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.